Saifuddin Qutuz
Pertempuran Ain Jalut (atau Ayn Jalut dalam bahasa Arab : عين جالوت yang artinya Mata
Jalut) terjadi pada tanggal 3 September 1260 di Palestina antara Bani Mameluk
(Mesir) yang dipimpin oleh Qutuz dan Baibars berhadapan dengan tentara Mongol
pimpinan Kitbuqa.
Banyak ahli sejarah menganggap pertempuran ini termasuk salah satu
pertempuran yang penting dalam sejarah penaklukan bangsa Mongol di Asia Tengah
dimana mereka untuk pertama kalinya mengalami kekalahan telak dan tidak mampu
membalasnya dikemudian hari seperti yang selama ini mereka lakukan jika
mengalami kekalahan.
Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan
dengan satu malam, yaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul
pemburu-pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa
beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatat amalannya seperti dia membuat
amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan
selainnya menganugerahkan hadiah luar biasa untuk diraih oleh umat Muhammad.
Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan
seterusnya pada bulan–bulan yang lain. Marilah kita bersama-sama mengingat
kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan
kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajiban
jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan.
Apa yang ingin saya share di sini adalah tentang satu peristiwa yang
agung dalam peradaban Islam. Peristiwa di mana umat Islam bersatu menentang
tentara Tartar dari Mongolia dan mengalahkan mereka. Kebanyakan ahli sejarah
berpendapat bahawa perang ini merupakan satu titik perubahan (turning point)
bagi kebiadaban dan kerakusan tentara Mongol yang menghabisi segala apa yang
mereka lalui dari timur ke barat dan akhirnya kemarahan mereka ditamatkan oleh
tentara-tentara Allah di Ain Jalut.
Hulagu Khan, pewaris tahta Gengis Khan
Kekaisaran Mongol dibentuk oleh Genghis Khan pada abad ke-13 M. Genghis Khan bercita-cita untuk meluaskan kekaisarannya dari timur ke barat dan mengahancurkan apa saja yang menghalangi mereka dari mencapai cita- cita tersebut. Invansi mereka bermula dengan menaklukkan beberapa negara di sekitar Mongolia dan mereka terus “merangsek” ke timur yang dikuasai oleh umat Islam. Sayangnya cita- cita Genghis Khan untuk melihat kekaisarannya terbentang luas dari timur ke barat tidak pernah tercapai karna nyawanya telah dicabut oleh Allah, setelah beliau jatuh dari kuda tunggangannya. Namun begitu, pada 1251M, Hulagu Khan cucu Genghis Khan setelah dilantik menjadi pewaris tahta kekaisaran Mongol, berjanji untuk meneruskan cita-cita kakeknya untuk menguasai seluruh penjuru dunia.
Untuk merealisasikan impian ini, Hulagu Khan mengumpul kekuatan
tentaranya di Asia Tengah selama 2 tahun sebelum melancarkan serangan ke atas
umat Islam yang bernaung di bawah keKhilafahan Abasiyyah. Pada tahun 1253M,
Hulagu Khan mula melakukan ekspedisi penaklukan ke atas wilayah Khilafah
Abasiyyah. Tentara yang telah menaklukan 200 kota dalam masa hanya 2 tahun ini
dan mampu bergerak jauh dalam satu hari serta memiliki peralatan peperangan
yang canggih, hasil invansi panglima perang mereka, akhirnya telah berjaya
menusuk masuk ke jantung Khilafah Abasiyyah. Akhirnya pada tahun 1258M,
Baghdad, yaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan tentera Tartar.
Kejatuhan Baghdad & Surat Hulagu Khan
Kejatuhan Baghdad merupakan satu peristiwa yang sangat tragis dalam sejarah umat manusia. Setelah berjaya mengalahkan tentara-tentara Khilafah, tentera Monggol dengan biadabnya membunuh 1.8 juta kaum muslimin yang berada di kota Baghdad. Juga tidak ketinggalan, Khalifah umat Islam turut dibunuh dengan kejam. Selama 3 tahun setengah, umat Islam hidup tanpa Khalifah. Ada ahli sejarah menukilkan bagaimana si Hulagu Khan ini melakukan pembunuhan terhadap khalifah dengan cara memasukkan khalifah di dalam gulungan permaidani dan memijak dengan kudanya. Tidak cukup dengan itu, tentera Tartar yang biadab ini memusnahkan banyak kitab-kitab karangan cendiakawan-cendiakawan di Baghdad dengan mencampakkannya ke dalam laut sehingga air laut menjadi kehitaman akibat banyaknya kitab-kitab tersebut.
Hulagu Khan tidak berhenti di sini saja. Setelah berjaya menakluki
Baghdad, dia mengutus delegasi Mongol ke Mamluk Mesir, yaitu Sultan Muzaffar
Saifuddin Qutuz. Delegasi ini datang dengan membawa surat dari Hulagu Khan.
Surat Hulagu Khan ini berbunyi :
Dari Raja Segala Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada
Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!
Kamu seharusnya berfikir mengenai apa yang telah terjadi ke atas
negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu pun mendapat khabar
berita bagaimana kami telah menawan kekaisaran yang begitu besar, menyucikan
bumi ini dari kerusakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang
luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari
kerakusan dan kekejaman tentera kami!
Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan
untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak
panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati
kami keras bagaikan gunung ganang, laskar-laskar kami banyak tak terbilang.
Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak
akan dapat membendung kami. Do’a kamu tidak akan membawa apa-apa bagi atas
kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu
untuk perlindungan kami akan selamat.
Bersegeralah dalam membalas surat ini sebelum api peperangan bermula.
Jika kamu melawan, maka pasti kamu akan menderita dan tersiksa dengan
kehancuran yang dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan
membuktikan kelemahan Tuhan kamu. Kemudian kami akan membunuh anak-anak kamu
dan orang-orang tua di kalangan kamu.
Kini, hanya kamulah satu-satunya musuh yang perlu kami hadapi.
Setelah menerima surat tersebut, Saifuddin Qutuz tidak gentar
sedikitpun. Beliau dengan berani membunuh delegasi Mongol dan kepala mereka di
gantung di pintu kota Mesir. (catatan : Islam tidak membenarkan membunuh
delegasi asing yang diutuskan. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahawa tujuan
kedatangan delegasi tersebut bukanlah sekadar mengantar surat Hulagu Khan
semata- mata, tetapi telah bertindak sebagai mata- mata tentera Tartar).
Marahnya Tentara – Tentara Allah
Saifuddin Qutuz mula mengumpulkan tentaranya dan akhirnya tentaranya terkumpul sebanyak 20 000 orang tentera. Mereka telah sepakat dan memutuskan untuk meyerang tentera Mongol di luar kota Mesir yaitu melakukan tindakan ofensif terhadap tentara Mongol. Tentara-tentara Allah ini mula bergerak ke luar kota Mesir menuju ke arah Palestin dan bertemu dengan tentara Tartar yang diketuai komandannya, Kitbuqa di Ain Jalut. Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat diantara kedua belah pihak. DI tengah peperangan yang sedang sengit, Saifuddin Qutuz membuka topeng besinya dan menunggang kuda menuju ke tengah medan pertempuran dan memberi motivasi kepada tentaranya agar berjuang habis-habisan dan memburu syurga Allah. Beliau bertakbir beberapa kali dan terus maju ketengah- tengah musuh.
Semasa perang Ain Jalut, isteri Sultan Saifudin Qutuz, iaitu Jullanar
turut menyertainya. Ketika Jullanar sedang sakit, Saifudin Qutuz memapahnya dan
berkata : ”Wahai Kekasihku”. Jullanar membalas dengan berkata : ”Wahai
Saifuddin, lebihlah kasih kamu terhadap Islam”. Setelah itu, Saifuddin Qutuz
terus kembali ke medan tempur dan akhirnya pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H,
bersamaan dengan 3 September 1260M tentara-tentara Allah ini telah memperoleh
kemenangan ke atas tentera Tartar di Ain Jalut. Tentara Tartar yang tidak
pernah terkalahkan ini (sekiranya kalah dibeberapa medan perang, mereka akan
mampu menebus balik kekalahan mereka), akhirnya tersungkur dihadapan mata
pedang kaum muslimin dan tidak mampu menebus kembali kekalahan mereka di Ain
Jalut.
Kesimpulan
Apa yang ingin saya share di sini bukanlah hanya peristiwa sejarah semata. Tetapi yang lebih utama iyalah supaya kita semua mengambil ibrah (pengajaran) dari peristiwa yang telah terjadi. Sekiranya Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz bersama-sama dengan tentaranya sejumlah 20 000 orang berjuang melawan tentara Mongol yang belum pernah terkalahkan di bulan Ramadhan, sepatutnya itu sudah cukup memberi isyarat kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan yang hanya semata-mata bulan ruhiyyah, tetapi juga merupakan bulan siyasah (politik). Ketaatan dan kepatuhan kita menunaikan ibadah puasa sepatutnya sama dengan kepada ketaatan dan kepatuhan kita untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam, termasuklah jihad dalam menghadapi musuh- musuh Allah.
Dalam menghadapi musuh- musuh Allah ini, sudah pastinya kita memerlukan
satu kekuatan yang terinetgral dari segenap aspek dan satu perpaduan yang amat
utuh yang lahir dari aqidah yang satu yaitu Islam. Umat Islam yang kira-kira
sebanyak 1.6 milyar merupakan sumber tenaga manusia yang sangat besar.
Seandainya sumber-sumber ini disatukan dan difokuskan oleh seorang Khalifah,
pastinya akan menghasilkan satu kekuatan besar dan mengembalikan peradaban
Islam yang sangat agung. Ini bukanlah dongeng dan omong kosong semata, tetapi
sejarah telah membuktikan hasilnya. Umat yang satu ini, pastinya akan mampu
memakmurkan muka bumi ini jika Islam diterapkan ditengah-tengah kehidupan
mereka. Islam dijadikan ideologi dan menjadi penggerak kepada seluruh tindak
tanduk umat yang satu ini dan bukannya dengan ideologi selainnya.
Baca juga kisah kehidupan Abu Bakar Ash-Shiddiq
Baca juga kisah kehidupan Abu Bakar Ash-Shiddiq
Tidak ada komentar:
Posting Komentar